通告
 
最新資訊
  Kenyataan berkenaan Majlis Perundingan Media
(Updated: 5/8/2011)
 

Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (PEWAJU), Journalist Union Of North Malaysia, Penang Press Club, Persatuan Wartwan-wartawann seberang Prai dan Koperasi Pekerja Akhbar Pulau Pinang berhadmembantah dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) yang didominasi oleh kerajaan。

Kami berpendapat bahawa tindakan ini hanya membawa kepada kehakisan demokrasi media yang lebih teruk dan membawa impak yang paling mendalam kepada media arus perdana.

Dalam sistem perundangan yang sedia ada, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia telah wujudkan kekangan yang besar bagi media arus utama untuk memainkan peranan pemantauan.

Selagi akta seperti atas belum dimansuhkan atau dipinda, kredibiliti media arus utama akan terus tejejas. Namun, kerajaan kini terus berminat untuk menubuhkan MPM yang seolah-olahnya satu lagi tindakan kawalan terhadap media arus perdana.

Lihat kepada MPM yang dicadangkan kerajaan, satu per empat daripada jumlah 85 ahlinya merupakan pegawai kerajaan malahan didominasi oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Perlu diingatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri merupakan unit yang meluluskan permit penerbitan tahunan media percetakan, dan dengan kerapnya memanggil wakil media untuk perjumpaan.

Tambahan dengan objektif penubuhan ini berbunyi “menentukan arah tuju perkembangan media” dan “meningkatkan semangat patriotisme”, kami sememangnya berasa bimbang bahawa MPM hanya satu lagi tindakan kerajaan untuk nenentukan kandungan laporan media arus perdana supaya pro-kerajaan.

Akibatnya, media arus perdana tidak dapat mencerminkan keseluruhan muka masyarakat ini. Namun, dalam era ini yang pelbagai saluran alternatif telah membawa kesenangan untuk mengakses kepada maklumat, keadaan sebegini hanya menyebabkan media arus utama ditolak oleh masyarakat.

Maka, kami selaku organisasi media menggesa kerajaan supaya memansuhkan atau meminda undang-undang yang menyekat media untuk menggalakkan kepelbagaian media tetapi bukan beria-ria untuk menubuhkan MPM.

Kami menegaskan bahawa, MPM boleh ditubuhkan asalkannya keahliannya hanya terhad kepada wakil daripada masyarakat sivil dan perlu diberi ruang untuk “self-regulation” dan “self-monitoring” tanpa sebarang campurtangan kerajaan.

Pada masa yang sama, kerajaan harus memainkan peranan dalam membantu memperluaskan ruang perkembangan media tetapi bukan menyekat maklumat dengan menggunakan cara ketinggalan zaman.

 
上一頁 | 最新資訊 主目錄
最新資訊
資料存檔
訪客留言
廣告橫幅

© Copyright 2024 - Penang Press Club 
Powered by WORK ActiveSync v4.0.5-org Retail Pack © Copyright www.was.com.my, 2024. All Rights Reserved. 

This page processed in 0.978444 second(s), PHP 5.6.40 with Gzip enabled